Home Novelet Komedi/Romantik Komedi SONATA [epilog]
SONATA [epilog]
Paina Rena
24/12/2014 03:03:20
25,578
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Egann 7

MALAM hampir menjelma. Rumah satu tingkat bernombor 51 itu nampak kosong bila seisi rumah dah gelap tanpa satu lampu dipasangkan untuk menerangi ruang. Syafik senyap, berkurung dalam biliknya. Saiful senyap, berkurung dalam biliknya. Ahli keluarga tiga ahli tanpa lelaki itu pula, entah sedang buat apa dengan gaya hidup masing-masing.

Headphone menutup telinganya dengan In Between – Linkin Park, bergema dengan rentak yang perlahan namun merasakan cukup mencengkam perasaannya sekarang – yang dia tidak pasti apa dia.

Let me apologise to begin with

Let me apologise for what I’m about to say

But trying to be genuine was harder than it seems

Somehow I got caught up in between

Let me apologise to begin

Let me apologise to what I’m about to say

But trying to be someone else was harder than it seems

Somehow I got caught up in between

Between my pride and my promise

Between my lies and how the truth gets in the way

The things I wanna say to you get lost before they come

The only thing that’s worse than one is none

Mata yang terpejam, dibuka, merenung siling di atas sana. Gelap yang makin menyelubungi menyukarkan pandangannya, lalu Syafik bangkit dari perbaringan. Sedar. Maghrib makin dekat. Sejuk makin mencengkam, bila hujan yang baru turun menyejukkan bumi.

Let me apologise to begin with

Let me apologise for what I’m about to say

But trying to regain your trust was harder than it seems

Somehow I got caught up in between

Between my pride and my promise

Between my lies and how the truth gets in the way

The thing I wanna say to you get lost before they come

The only thing that’s worse than one is none

Bila masuk bahagian instrumental, kedengaran pula sayup-sayup azan dari surau. Syafik tidak beriak, namun menanggalkan headphone Sony hitam dari kepalanya. Suara garau milik vokalis Linkin Park itu masih melekat di kepalanya, menyambung lagu bertempo perlahan tersebut. Headphone berwayar yang bersambung dengan MP3 itu diletakkan di tepi bantal, dan Syafik menoleh ke luar tingkap. Warna merah di dada langit semakin menghilang di ufuk timur, dan –

Marilah menunaikan solat….

Bilal sudah mengajak. Sesungguhnya melewat-lewatkan solat itu makruh hukumnya dan menjadi haram bila tertinggal dengan sengaja.

Liur diteguk. Terasa berpasir. Bila sejak kali terakhir hatinya merasa getar yang begini? Cuma sebab berita buruk dari Amerika itu? Atau kerana sedar ayahnya sedang bertarung dengan maut di wad ICU itu? Dia? Pada ayah yang dia tolak?

Syafik tidak mampu memahami perasaannya yang sebenar sekarang. Mata dipejam, seiring dengan keluhan pendek. Cuba nak melepaskan beban yang bertakung di dada. Selesai azan, doa selepas azan dibacakan dan dia bergerak turun dari katil. Kaki tersepak kaki meja dalam gelap itu. Aduh! Berkerut mukanya, menahan sakit, lalu kaki dipaksa bergerak ke suis lampu utama. Tangan baru nak menekan suis di sebelah pintu biliknya itu sebelum pintu terlebih dahulu terbuka dan satu bayang yang hampir sama tinggi dengannya muncul. Terperanjat sedikit.

“Abang… naper bilik gelap?”

Hah. “Kau Saif.” Suis dipetik, dan cahaya menerangi biliknya yang berwarna merah hitam. Berbelang merah hitam di dinding kiri dan kanan dan merah di tempat tidurnya dan hitam di dinding meja belajar. Nampak panas kalau tengah hari, tetapi itulah warna yang gah dan membuktikan dirnya seorang lelaki – pendapat Syafik. Adiknya pula lebih gemarkan biru. Gentleman and romantic. Maaflah kalau aku tidak.

“Cari abang naper?”

“Emm… tak… Saif ingatkan nak solat bersama.”

Dua pasang mata biru itu bertentangan. Sesaat dua, Syafik tersenyum nipis.

“Abang nak jadi imam.”

“Wohoo.” Tergelak si adik. “Apa mimpi? Selama ni tolak je.”

“Abang kan… abang.” Sengih saja dia, lalu menapak ke luar bilik. Saiful tersenyum kecil, mengekori. Syafik mengambil wuduk dalam bilik air manakala dia bergerak ke dapur, melihat kalau ada makanan yang boleh mengisi perut sementara menanti waktu. Tiada. Dia keluar dan bertembung lagi dengan si abang itu yang sedang meraup muka yang basah. Syafik menjeling sekilas sebelum bergerak ke biliknya. Saiful meleret bibirnya nipis dan meneruskan niat ke bilik air.

Salam terakhir diberikan dan mereka menadah tangan ke langit, mendoakan kesejahteraan mereka, ibu mereka di sana, ayah yang koma di Mount Auburn Hospital, Puan Diyana dan keluarga, Elisa yang pendek akal, dan kesejahteraan semua umat islam di dunia ini. Dibacakan juga doa dalam bahasa arab dan Saiful mengaminkan sepenuh hati.

Actually…” Rambut panjang hitam yang mencecah bahu itu disimpul tinggi sebelum diikat dengan getah sayur. Getah tempe bak kata orang Johor. Saiful yang mengemas stesen solat mereka di dalam rumah kecil itu menoleh. Syafik menjeling. “Abang lapar… masakkan scramble egg boleh?”

Dah agak dah. Tidak nampak pun bayang abangnya turun ke dapur sepanjang petang tadi selepas diberitahu tentang berita ayah mereka itu. Mendiam sahaja dia di bilik dan dengan headphonenya barangkali. Dan bukan Syafik namanya untuk menahan lapar buat satu petang sehingga malam, walaupun muziknya kadang-kadang membuatkan dia lupa juga pada lapar itu.

“Kuar ke mamak je la jom? Ada bola malam ni. Lama tak tengok bola dengan abang,” balasnya perlahan.

“Oh…? Kau nak tengok bola abang?”

“Bodoh.”

Keluar juga akhirnya. Tiga puluh minit berjalan kaki dari rumah ke kedai mamak itu. Cukuplah nak melayan selera dan nafsu lapar dengan nasi goreng cina dan kopi panas masing-masing. Roti canai sebagai tambahan, dan satay untuk dibawa pulang.

How many hours left?” Syafik bersuara tiba-tiba, memecah sunyi di antara mereka. Saiful menoleh terperanjat. Tiba-tiba je? Jalan raya kembali dipandang, dan langkah untuk balik ke rumah diteruskan.

Hours of what?”

Senyap. Syafik enggan membalas, namun Saiful dah boleh mengagak sendiri. Bibir ditahan dari menguntum senyum.

“Pasal ayah?”

Do you have to question that?”

Well, you rebel.”

Syafik mendengus nafas panas. Hati yang terasa menggelegak tiba-tiba, disabarkan. “Tak perlu dibualkan isu ini. Abang cuma concern kau yang nak fly ke sana pagi esok.”

“Abang pun fly sama dengan Saif, kan?”

Well, yeah. Tapi abang tak… abang rasa…” Bahunya jatuh bersama keluhan rendah. Pelik Saiful melihatnya. Kenapa…? Tidak faham dengan ayat yang tidak habis strukturnya itu. Dan kelu lidahnya nak bertanya bila mata galak itu merenung dirinya dengan pandangan sayu. Sayu juga hati Saiful lalu. Namun keliru juga dengan bahasa tubuh abangnya. Dahlah bahasa lisan tidak mampu difahami, apalagi bahasa tubuh yang tiada suara. Apa dia yang dia nak cakapkan?

“Kamu ingat tak that Scott woman yang datang ke rumah kita… wellifyou rememberalthough maybe you won’t… sebab masa tu you’re still an infantbutyou’re one years old since I’m twobutbitboot…”

Scott woman?” Dia memotong bicara si abang yang dah mula huru hara tidak difahami. Syafik memandangnya lagi, lalu menundukkan kepala. Tubuh dikalihkan, dan kembali melangkah.

Aunt Auny.”

Who?

“Adik ayah.” Saiful dipandang dari hujung mata. “Kita akan jumpa the rest of our family yang kita tidak pernah jumpa di sana…”

Jadi itu yang abang hitung waktunya dari tadi? Saiful terkelip. Berdebar. Baru nampak apa yang si abang nampak, walaupun kurang jelas. Aunt Auny? Sungguh dia tidak ingat. Kenapa dan ada apa pada dia hingga abang menimbulkan nama yang tidak pernah didengari itu? Syafik pula kekal senyap.

We well everything will be okay.” Nada suara kedengaran bergetar kali ini. Entah kenapa. Nervous? Dia tidak pasti, tapi mungkin juga iya. Dia ingatkan dia tidak akan jumpa ahli keluarganya yang berada dalam salasilah ayahnya, tapi sekarang sudah ada peluang. Atau dia sedang excited? Kan sudah cakap dia tidak pasti dengan perasaannya sekarang. Bercampur-baur.

Syafik pula kekal tidak beriak, membuat Saiful menghela nafas. Panjang, namun perlahan.

Say how’s your paper?” Tukar topik.

“Em? Sejarah? Not much of a threat. I think I’ll ace it.”

“Wohoo. Confident melampau.” Naik bulu telinga dibuatnya.

Syafik melirik senyum nipis, senang hati melihat si adik itu kembali tersenyum. Dirinya disalahkan kerana tenggelam dengan kenangan hingga Saiful pun turut janggal. Memang. Saiful tidak pernah dibenarkan untuk memahami perasaannya. Tidak, jika berkait dengan keluarga itu. Jika Saiful tidak kenal, maka dia tidak mahu mengenalkan. Tetapi apa yang bakal terjadi di sana nanti, Syafik akan berusaha untuk menjaga adiknya itu. Walau apapun yang terjadi. Sebab dia abang! Tanggungjawab dia! Wajah si ibu tiba-tiba melayang ke ruang fikiran tanpa dijemput. Sesaat cuma.

“Agak-agak pakcik makcik kita yang lain tahu tak bertolak ke airport?” Teringat keluarga saudara belah ibunya. Jarang benar bertemu dengan mereka kecuali pada hari raya.

“Entah. Ada beza ke kalau dorang tahu atau tidak. Asalkan dia tahu kita nak ke mana, then everything is fine.” Syafik membalas datar, merenung malam. Nada tidak kisah langsung walau sekuman.

Dia? Saiful menoleh. “Yang penting, auntie Diyana tahu kita nak ke mana dan pastu boleh bagitau saudara kita, maksud abang?”

Wajah si adik dilirik. “You interpret my word just fine.”

“Hah. You’re a cold person, you know that.”

Is it my fault being an honest person?”

Talk about honest.”

Insulting, aren’t you, little brother?”

I didn’t say it like that.”

You mean it.”

I didn’t mean anything…” Dia bertegas.

Tersenyum si abang dibuatnya. “Betullah cakap ayah. If compared to me, kau much more a gentleman and your lovely lass might see that as well.”

Lovely lass…?” Pandangan mata mengusik dengan sengih meleret bermakna itu dibalas keliru.

There.” Syafik mengangkat tabik golf, memandang Elisa yang nak menolak pintu pagar rumah dan menapak masuk. “Dari mana anak dara? Naper malam baru balik? Kau ni entah masih suci ke tidak buat perangai buruk begini,” soalnya selamba dengan nada dikuatkan, supaya didengari gadis itu yang berada pada jarak dua rumah di sana.

Abang! Bulat mata Saiful memandang si abang yang sama tinggi dengannya itu. Elisa pula sudah masam muka di sana, memandang mereka.

“Aku tahu aku tak patut cakap ayat ini dan sepatutnya bersimpati atas nasib bapak kau kat US sana tapi rasanya aku betul bab kau jadi anak derhaka dan tak kisah langsung pasal ayah kau tu… kan?”

“Aku tak faham ayat yang takda koma.” Syafik mengorek telinganya. Selamba. Mencerun gadis itu kemudian.

“Nasihat abang kau tu betul-betul la Saif. Buat sakit hati aku je!” dengusnya dan terus menghilang ke dalam rumah. Syafik tersenyum sinis, merapat ke rumah yang ditumpang itu. Pintu pagar ditolak. Adiknya yang tercegat di tepi jalan dipandang.

“Kalau dulu, Saif faham abang saja je nak usik Eli sebab suka tengok reaksi dia, tapi what’s with the rudeness?” tegur Saiful. Sungguh, dia pelik! Sebelum ini Syafik tidak pernah bermulut lancang begitu.

Syafik menjeling. “It just pop out. Kau pulak suka ke tengok dia keluar malam macam tu? Dah pukul sebelas ni kut.”

“Tapi janganlah pakai pilihan ayat yang macam tu…”

Si abang itu menoleh ke belakang lalu. Tersenyum dia, kelakar sedikit. “Kau memang takkan menangkan abang kalau masuk bab lovely lass kau tu. Nak pujuk dia, bagilah satay tu. Harap kau dimaafkanlah.”

“Em? Kenapa pula cakap Saif dimaafkan? Dia bukannya marah kat Saif…”

“Dia bencikan abang, jadi kau yang jadi adik taat macam taat tak bertempat Hang Tuah kat Sultan Melaka ni, dia pun tengok rimas la…” Pintu seret diseret ke kanan, buka. “She’s a woman alright. Mestilah tak suka tengok orang yang dia suka dekat dengan orang yang dia benci.”

Makin pelik Saiful dibuatnya. “Abang tahu dia dah tak suka kat abang, jadi kenapa masih usik dia sampai tahap begitu?”

Tersenyum lagi Syafik, lalu menoleh. “Kalau abang layan dia dengan baik, she’s fall for me and abandoned you.”

Terangkat tinggi kening tebal Saiful dibuatnya. “Keyakinan abang menakutkan la.” Tersengih dibuatnya. Kelakar pula rasanya. Syafik menolak pintu pagar dan dia berbicara lagi. “But that doesn’t explain everything.”

I think I’ve explained just fine,” balas si abang, berkalih tubuh dan menentang adiknya yang masih berada di luar pagar. “Kamu semua adik abang. Kau, Nawal, Awani. Dan Elisa is one subject that needs to be excluded. Dia dalam range itu, jadi it won’t do kalau semua orang berbuat baik pada dia. She’ll spoiled. Nak membentuk dia, she needs you yang baik, and me yang jahat pada dia. Walaupun tak jadi, tapi sekurang-kurangnya mindset itu ada. I wish to change her dan pakai tudung anyway, tapi rasanya kena bagi assignment tu kat kau.”

Keningnya terangkat tinggi. Sukar nak memahami ayat abangnya. Tidak jelas dengan isi yang diberikan. Dan apa maksud dia dengan Elisa berada dalam range itu…? Range apa? Apa pula mindset yang dimaksudkandan assignment Elisa pakai tudung??

Too much for sixteen years old to grasp?” soal Syafik, menggaru pipi. Nampak muka blur adiknya yang kabur kelabu dan berusaha nak menjelaskan kepala otak sendiri. Nyata dia gagal nak memahami sejak senyap lima minit yang lalu. Hah. Sungguhpun adik aku handsome macam aku, fikiran kami lain…. Lalu Syafik tersenyum lagi. Tubuh dikalihkan.

So, in short…” Saiful membuka mulut. Syafik berhenti melangkah ke dalam rumah. Si adik itu merenung ekor kuda abangnya, lalu mulut membuka mulut perlahan-lahan. “Abang sayangkan dia.”

Mata yang tajam itu menjeling rendah. “Abang mana tak sayangkan adik? Dah, enough talk. Bagi je satay tu kat dia. I need to sleep earlysebelum start adventure esok.” Dia melangkah masuk terus, meninggalkan si adik itu di situ. Saiful pula terkedu, terus merenung belakang badan abangnya yang bidang sehingga menghilang tubuh itu di sebalik daun pintu. Nafas diluahkan. Berat sedikit.

Tidak faham, memang tidak faham. Tetapi, alasan terakhir yang diberikan itu tiba-tiba boleh membuat akalnya melapang. Abang mana tak sayangkan adik… ey? Elisa semakin lama semakin liar, lagi-lagi pada usia memberontak itu. Nak mendengar nasihat orang nyata susah sekali. Setiap ‘jangan’ ialah satu cabaran yang bersungguh-sungguh nak dilaksanakan. Elisa berada di dalam range pemegang polisi ‘undang-undang dicipta untuk dilanggar’… dan ya, mereka pun pernah berada di dalam range itu. Tetapi isu yang sebenar yang membezakan layanan Syafik pada Saiful dan Syafik pada Elisa ialah… Elisa ialah seorang hawa.

Tersenyum lalu. Nampaknya, niat abangnya nyata tidak pernah lari dari cuba untuk mengubah Elisa kembali menjadi Nawal.

Satay diberikan pada Elisa kemudian, bersama kata-kata.

“Abang nak prepare kau untuk jadi seorang perempuan yang tak mudah stray dari dugaan dunia je…”

“Ha?”

Well then, good night.”

Elisa ditinggalkan ternganga di pintu bilik tidurnya.
Previous: Egann 6
Next: Egann 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.